Sorotan Terpilih

Governor Shamsiah

Prakata Laporan Tahunan

Bank terus berusaha untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan dalam menghadapi persekitaran operasi yang tidak menentu dan serba mencabar.

BNM HQ

Aktiviti Bank dalam melaksanakan peranannya

Bank Negara Malaysia merupakan bank pusat Malaysia. Matlamat utama Bank adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Mandat dan kuasa Bank diberikan menurut Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan undang-undang lain yang ditadbirnya.

AR Covers

Kedudukan kewangan Bank pada akhir tahun 2019

Bank mengurus kewangannya dengan matlamat untuk memastikannya mempunyai sumber bagi melaksanakan mandatnya. Dalam melaksanakan mandat ini, Bank komited untuk terus berdisiplin, berhemat dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber Bank.

Governor Shamsiah

Prakata Tinjauan Ekonomi & Monetari

Perkembangan ekonomi pada tahun 2020 telah berubah dengan mendadak. Pada awalnya, tahun ini diunjurkan sebagai tahun pemulihan yang sederhana. Namun kestabilan yang dijangka dalam ekonomi global telah terganggu akibat meletusnya secara tiba-tiba wabak COVID-19 yang seterusnya menjadi krisis kesihatan global. Meskipun kes-kes jangkitan telah reda di beberapa negara, pandemik ini semakin meruncing dan terus tersebar ke lebih daripada 100 negara yang lain.

Governor Shamsiah

Ringkasan Tinjauan Ekonomi & Monetari

Ekonomi global dan perdagangan global berkembang masing-masing sebanyak 2.9% dan 1.0% pada tahun 2019, dalam keadaan ketegangan perdagangan yang berlarutan dan tidak dapat diselesaikan, lantas memburukkan lagi kemerosotan kitaran dalam aktiviti perkilangan dan pelaburan global.

Banks in KL

Ringkasan Tinjauan Kestabilan Kewangan

Kelemahan kewangan global kekal ketara pada separuh kedua tahun 2019 dalam persekitaran ketidakpastian akibat ketegangan perdagangan dan geopolitik. Dalam tempoh tersebut, prospek pertumbuhan menjadi lebih lemah lantas mendorong beberapa ekonomi, termasuk di Asia, untuk mengurangkan kadar dasar.

Rencana Khas

Sorotan Penting

Tinjauan Ekonomi & Monetari 2019

Tinjauan Kestabilan Kewangan 2H 2019