Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2025
Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia telah berlangsung pada 18 November 2025 bagi peringkat saringan dan 26 November 2025 bagi peringkat akhir.
Baca pernyataan akhbar dan ucapan Gabenor.
2025
Pemenang-pemenang
Johan
Mohamad Raziekh bin Md Rizal
(Bank Muamalat Malaysia Berhad)
Naib Johan
Nur Atikah binti Abd Hamid
(Generali Insurance Malaysia Berhad)
Tempat Ketiga
Mohamad Amirul Haziq bin Anuar
(Bank Simpanan Nasional)
(Dari kiri) Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Hazami bin Jahari; naib johan, Nur Atikah Abd Hamid daripada Generali Insurance Malaysia Berhad; Gabenor BNM, Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour; johan, Mohamad Raziekh Md Rizal daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad; Roy Lim Way Zhi, Pengarah, Jabatan Komunikasi Strategik, BNM dan pemenang tempat ketiga, Mohamad Amirul Haziq Anuar daripada Bank Simpanan Nasional.Tema yang dipertandingkan
- Memperkasakan Rangkuman Kewangan: ASEAN ke Arah Kemakmuran Bersama
- Malaysia Sebagai Pemangkin Kestabilan Ekonomi dan Kewangan ASEAN
Hadiah Pertandingan
Johan 🥇
Piala Pusingan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia
Wang Tunai RM10,000
Piala Iringan
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP
Naib Johan 🥈
Wang Tunai RM7,000
Piala Iringan
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP
Tempat Ketiga 🥉
Wang Tunai RM5,000
Piala Iringan
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP
Sagu Hati
Wang Tunai RM500
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP
Atur Cara Majlis
Pertandingan Akhir
Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2025
Sasana Kijang
26 November 2025 (Rabu)
|
2:00 petang |
Ketibaan tetamu Pendaftaran peserta akhir |
|
2:25 petang |
Ketibaan tetamu kehormat |
|
2:30 petang |
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bahasa Jiwa Bangsa Bacaan doa |
|
2:40 petang |
Pertandingan akhir sesi pertama |
|
3:20 petang |
Persembahan selingan pertama |
|
3:25 petang |
Pertandingan akhir sesi kedua |
|
4:05 petang |
Perbincangan juri dan pengiraan markah bermula Persembahan selingan kedua |
|
4:25 petang |
Pengumuman pemenang Penyampaian hadiah oleh Gabenor BNM dan Ketua Pengarah DBP |
|
5:00 petang |
Minum petang Bersurai |
Kod pakaian: Baju kebangsaan / tradisional / batik / pejabat
Syarat Pertandingan 2025
-
Setiap institusi dibenarkan menghantar maksimum dua (2) peserta untuk menyertai PPG 2025.
-
Peserta dikehendaki memilih salah satu tema serta menyediakan tajuk dan teks pidato dalam bahasa Melayu mengikut tema yang dipilih.
-
Pertukaran tajuk pidato (jika ada) hanya dibenarkan dalam lingkungan tema pidato yang dipilih semasa mengisi borang pendaftaran. Peserta tidak dibenarkan menukar tajuk pidato selepas 7 November 2025.
-
Sebarang pertukaran lain, contohnya peserta yang mewakil institusi, juga hanya boleh dibuat selewat-lewatnya pada 7 November 2025.
-
Pemidato diberikan masa selama tujuh minit untuk menyampaikan pidato berteks pada peringkat saringan dan peringkat akhir. Pemidato yang berjaya ke peringkat akhir juga akan diminta menyampaikan pidato spontan selama dua minit mengikut soalan yang diberikan.
-
Pemidato diberikan peluang sekali sahaja untuk menyampaikan pidato. Peluang kedua tidak akan diberikan kepada pemidato yang tidak dapat menghabiskan penyampaian.
-
Loceng akan dibunyikan untuk menandakan masa hampir tamat dan apabila masa tamat. Penyampaian dan hujah yang disampaikan selepas loceng kedua dibunyikan tidak akan diambil kira untuk tujuan pemarkahan.
-
Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato, atau menyampaikan pidato dalam bentuk ceramah/syarahan, akan ditolak markah penyampaian.
-
Kritikan terhadap isu sensitif mengenai agama, bangsa, budaya dan politik atau keperibadian seseorang serta penggunaan bahasa yang kurang sopan adalah dilarang.
-
Pihak penganjur berhak menghentikan pidato dengan serta-merta jika pemidato gagal mematuhi mana-mana arahan serta mengeluarkan pemidato daripada pertandingan, dan pemidato tidak berhak menuntut apa-apa ganti rugi kerana pemberhentian itu.
-
Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan kepada corak dan syarat pertandingan bagi memastikan kelancaran pertandingan.
-
Keputusan juri adalah muktamad.
Pemarkahan Pertandingan
|
Penilaian |
Markah Pidato Berteks |
Markah Pidato Spontan |
|---|---|---|
|
Isi |
40% |
20% |
|
Bahasa |
30% |
15% |
|
Penyampaian |
30% |
15% |
|
Jumlah Keseluruhan |
100% |
50% |
Peringkat Saringan
Peringkat saringan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2025 telah berlangsung pada 18 November 2025 di Sasana Kijang. Hampir 50 peserta yang mewakili 28 institusi perbankan, insurans dan takaful telah mempamerkan bakat berpidato masing-masing pada peringkat ini dengan disertai para penyokong institusi sebagai penonton.
Para juri yang menghakimi peringkat saringan terdiri daripada pegawai Bank Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Majlis Debat Universiti Malaysia. Sebanyak lapan pemidato telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2025 di Auditorium Sasana Kijang.



