Bengkel Pidato
Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Bengkel Pidato Sektor Kewangan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berpidato dalam kalangan warga sektor kewangan. Di samping itu, bengkel ini memberikan bimbingan intensif kepada mereka yang berminat untuk menyertai Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia.
Objektif
-
Memberikan pendedahan tentang penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk teks pidato;
-
Memberikan pendedahan tentang teknik dan persembahan pidato yang berkesan;
-
Mencungkil bakat dan kemahiran berpidato dalam kalangan warga insititusi kewangan supaya lebih berkeyakinan apabila berurusan dengan pelanggan;
-
Meningkatkan keterampilan warga institusi kewangan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta secara berkesan dan bernas;
-
Memupuk rasa bangga dalam menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan;
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu kembali kita di Bengkel Pidato pada kali ini.






