About the Bank
Mesyuarat MPS ke-135 (28 Mei 2013)
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS), dalam mesyuaratnya yang ke-135 bertarikh 28 Mei 2013, telah membincangkan isu-isu Syariah seperti berikut:
1. Panduan Syariah bagi Pelaburan Emas dan Perak dalam Produk Perbankan Islam
Bagi memastikan amalan perbankan yang lebih jelas berhubung dengan pelaburan emas dan perak, MPS telah membincangkan panduan Syariah bagi pelaburan emas yang merangkumi aspek pihak yang berakad, subjek akad, sighah dan penyerahan.
2. Draf Shariah Standard on Musharakah
Bagi memuktamadkan kandungan draf Shariah Standard on Musharakah, MPS telah membincangkan takyif fiqhi (penyesuaian fikah) bagi musyarakah mutanaqisah dengan memfokuskan kepada elemen-elemen utama dalam syirkah al-milk dan syirkah al-`aqd.
