<!-- Google tag (gtag.js) --> <script async src="https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=G-QCXBYX5C31"></script> <script> window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-QCXBYX5C31'); </script>

Navigation

  • Skip to Content
BNM Logo BNM Logo
  • About Us
      Our Roles Board of Directors Governor Management Committee Senior Officers of BNM Organisation Structure Statutory Committees
  • Topics
  • News & Events
      Press Releases Public Notices Speeches Calendar of Events Events at BNM Procurement
  • Rates & Statistics
  • Publications
  • Regulations
      Legislation Standards & Guidelines FSP Directory Enforcement Actions
  • Careers
      Join Us Job Vacancies Kijang Graduate Programme Internships Scholarships
  • Contact Us
      Contact Us BNM Offices Whistleblowing Policy
Search

Language Selector

melayu

Breadcrumb

  1. Home
  2. News & Events
  3. Speeches
  4. Deputy Governor's Speech at the Launch of Program e-Duit Desa di Jeniang

Speeches & Interviews selector

Print

Speeches & Interviews

Filter by year   

Filter by speaker   

 

Search title in Speeches

Asset Publisher

null Deputy Governor's Speech at the Launch of Program e-Duit Desa di Jeniang

Print

Deputy Governor's Speech at the Launch of Program e-Duit Desa di Jeniang

Speaker: Dato' Marzunisham Omar Venue: Perkarangan Stesen Bas Jeniang Delivery Date : 13 Feb. 2023

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhana Wata’alla kerana dengan keizinan-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama di dalam Majlis Pelancaran Program e-Duit Desa di Jeniang ini. Terima kasih kepada Bank Islam Malaysia Berhad yang menganjurkan program pada pagi ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, MPSPK, Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia Negeri Kedah dan Bank Negara Malaysia.

Saya amat berbesar hati kerana diberi kesempatan bagi melancarkan program e-Duit Desa di Jeniang ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para peniaga dan pengguna di Jeniang kerana berjaya mula menggunakan e-pembayaran dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya program seperti ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada dari sektor awam, swasta, peniaga dan orang ramai.

Malaysia telah mencapai tahap rangkuman kewangan asas yang tinggi berbanding dengan kebanyakan negara serantau. Akses kepada perkhidmatan kewangan, terutamanya bagi penduduk luar bandar dan usahawan perniagaan mikro, dapat dipertingkatkan dengan ketara melalui penggunaan teknologi.

Bagi mempercepatkan penggunaan perkhidmatan kewangan digital, Bank Negara Malaysia dan industri kewangan turut turun padang untuk memberikan khidmat nasihat dan menyokong aktiviti pendaftaran perbankan atas talian dalam kalangan masyarakat luar bandar seperti kempen di Jeniang ini.

Selain itu, usaha turut dipergiatkan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan dan rangkuman kewangan melalui tawaran produk kewangan yang inklusif. Pelbagai inisiatif tersedia dalam menyokong agenda ini seperti Dana BNM untuk PKS, Perlindungan insurans dan takaful Tenang, iTEKAD dan inisiatif literasi kewangan menerusi ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Dalam dunia digital pada hari ini, penduduk luar bandar dan usahawan perniagaan mikro seharusnya tidak ketinggalan dalam menggunakan pembayaran secara elektronik atau e-pembayaran yang menawarkan pelbagai manfaat. Kita mendapati pandemik COVID-19 baru-baru ini telah menunjukkan lebih ramai pengguna dan peniaga mula membiasakan diri menggunakan pelbagai kemudahan e-pembayaran seperti kad debit, kod QR, perbankan internet serta e-dompet.

Sebagai alternatif kepada wang tunai, e-pembayaran dapat membantu orang ramai dalam menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat transaksi tanpa perlu keluar rumah, bersusah payah mencari tempat letak kenderaan, dan beratur panjang semata-mata untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM atau bank. Semua transaksi boleh dijalankan di hujung jari sahaja.

Untuk peniaga pula, e-pembayaran boleh menjadi satu batu loncatan untuk menjadikan perniagaan lebih berdaya saing. Transaksi dapat direkodkan secara langsung dan ini akan memudahkan pengurusan akaun dan permohonan pinjaman pada masa akan datang. Peniaga tidak perlu bimbang mendapatkan wang kecil untuk pemulangan baki. Kos kepada peniaga untuk menggunakan e-pembayaran adalah rendah malah pada masa ini tiada caj dikenakan untuk mendapatkan DuitNow QR buat masa ini.

Menyedari akan manfaat-manfaat e-pembayaran kepada pengguna dan peniaga, Bank Negara Malaysia terus komited untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran di Malaysia. Secara purata, seorang individu di Malaysia melakukan 221 transaksi pada tahun 2021, berbanding 170 transaksi pada tahun 2020. Bank Negara Malaysia telah menyasarkan secara purata seorang individu melakukan 400 transaksi e-pembayaran menjelang tahun 2026. 

Bank Negara Malaysia telah bekerjasama dengan industri pembayaran dan melancarkan kempen e-Duit seperti program e-Duit Desa di Jeniang pada pagi ini. Ini adalah bertujuan untuk: meningkatkan kesedaran orang ramai dan membina keyakinan terhadap penggunaan e-pembayaran;

  1. mempercepatkan penggunaan e-pembayaran di kalangan pengguna; dan
  2. meningkatkan bilangan transaksi e-pembayaran.

Justeru, orang ramai amatlah digalakkan untuk menggunakan e-pembayaran dalam kehidupan seharian. Saya ingin menyeru kerana ianya adalah selamat, senang dan segera (3S), sejajar dengan cogan kata kempen e-Duit pada hari ini.

Kempen e-Duit seperti yang diadakan pada hari ini juga amat penting terutamanya untuk menerapkan penggunaan e-pembayaran secara selamat. Ingin saya tekankan, dari aspek pendidikan juga diberikan supaya duit milik pengguna terus terjaga dan selamat semasa menggunakan e-pembayaran.

Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan e-pembayaran dan perbankan atas talian kerana Bank Negara Malaysia sentiasa memastikan bank-bank di Malaysia mempunyai tahap kawalan keselamatan siber yang tinggi.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kes-kes penipuan kewangan atau scam. Bank Negara Malaysia memandang serius kes-kes sebegini dan telah mengarahkan bank-bank untuk melaksanakan lima langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi keselamatan terhadap penipuan kewangan. Ini termasuk seperti:

  1. Beralih daripada SMS nombor kata laluan sekali guna (One time password, OTP) kepada bentuk pengesahan lain dan
  2. Penyediaan talian hotline 24 jam khusus untuk laporan insiden scam.

Sebagai pengguna, kita semua mesti memainkan peranan supaya tidak menjadi mangsa scam. Antara lain, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melindungi maklumat perbankan peribadi seperti kata nama, kata laluan perbankan dalam talian dan nombor OTP:

  1. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi perbankan anda kepada pihak yang tidak dikenali, sama ada melalui telefon atau laman web;
  2. Jangan klik pautan mencurigakan yang dihantar melalui SMS, Facebook dan media sosial; dan
  3. Hanya muat turun aplikasi daripada saluran rasmi.

Perlu diingatkan bahawa bank, agensi kerajaan, polis dan penguatkuasaan tidak akan sama sekali menelefon anda untuk meminta maklumat perbankan peribadi seperti kata nama, kata laluan, nombor PIN atau OTP.

Di sini saya ingin menyarankan supaya kita semua sentiasa amalkan Soal, Sekat dan Sebar bagi melindungi diri dan keluarga daripada ancaman penipuan kewangan.

  1. Soal setiap perkara terutama perkara yang meragukan.
  2. Sekat diri daripada melakukan langkah seterusnya jika berasa curiga terutamanya hal yang melibatkan urusan kewangan.
  3. Seterusnya sebar dan kongsi maklumat kepada rakan dan keluarga termasuk melaporkan kepada pihak yang berkenaan jika tidak pasti atau terdapat transaksi yang mencurigakan.

Sekiranya anda telah menjadi mangsa penipuan kewangan, jangan panik! Segera hubungi talian hotline bank anda atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997.

Saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana mengundang saya untuk hadir di Majlis Pelancaran pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada Bank Islam Malaysia Berhad, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, MPSPK, Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia Negeri Kedah, para peniaga dan penduduk Jeniang serta semua pihak dan para peserta yang menyokong dan menjayakan kempen e-Duit Desa ini.

Semoga inisiatif e-Duit Desa di Jeniang ini menjadi pemangkin kepada penggunaan e-pembayaran dalam kehidupan seharian di pekan ini seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat di seluruh negeri Kedah.

Nyiuq muda dibuang jangan,
Dibuat pengat sedap rasanya,
e-Duit Desa kini dilancarkan,
Ianya selamat, senang dan segera.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan Program e-Duit Desa di Jeniang. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

Follow us
  • facebook social icon
  • twitter social icon
  • instagram social icon
  • youtube social icon
  • medium social icon
  • telegram icon
  • tiktok icon
Website Tools
  • Search
  • Email Alert
  • Contact Us
  • Download Forms
Legal Notices
  • Terms of Use for BNM Website
  • Terms of Use for BNM Datasets
  • Disclaimer
  • Privacy & Cookie Policy
BNMLINK Contact Centre
  • call-1 icon
    1-300-88-5465 Monday - Friday 9am - 5pm
  • decoration
    e-LINK Form
  • BNM General Line
  • call-1 icon +603 2784 8888
© Bank Negara Malaysia. All rights reserved.
arrow-up icon